SUBANG JAYA: Seorang lelaki cedera selepas terjatuh dari kren yang mengalami kerosakan ketika melakukan kerja pemasangan solar di sebuah rumah di Taman Subang Height, di sini, pada Selasa.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.05 pagi.
“Seramai sembilan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang dan BBP Petaling Jaya kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, kami dimaklumkan mengenai insiden terbabit apabila kren digunakan untuk memasang solar di rumah itu mengalami kerosakan," katanya pada Selasa.
Ahmad Mukhlis berkata, kejadian itu menyebabkan empat mangsa terkandas.
Katanya, seorang daripada mereka terjatuh dari kren di ketinggian kira-kira tiga meter dan menyebabkannya cedera di bahagian kaki.
"Tiga lagi mangsa berjaya dibawa turun menggunakan jentera Aerial Ladder Platform (ALP) kira-kira jam jam 11.05 pagi," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 10 2023
Bomba membantu membawa turun tiga mangsa yang tersangkut apabila kren digunakan mereka untuk memasang solar di sebuah rumah mengalami kerosakan di Taman Subang Height, Subang Jaya pada Selasa. - Gambar/ JBPM
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
McDonald's Malaysia kesal tindakan vandalisme
McDonald's Malaysia kesal dengan perbuatan sekumpulan individu yang melakukan vandalisme ke atas premis restoran dan bertindak agresif terhadap pekerja serta pelanggannya kerana tidak berpuas hati pencerobohan Israel ke atas Gaza.
Roslan Hussin masih lagi Pengarah JPNS, bertugas seperti biasa
Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, setakat ini kementerian tidak menerima makluman berhubung dakwaan Roslan dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Rejim Israel terus nekad hancurkan pejuang Hamas
Benjamin Netanyahu dilaporkan terus nekad dengan agendanya bagi menghancurkan pejuang Hamas yang dianggap sebagai ancaman kepada rejim Zionis.
PIJ akan meneliti cadangan gencatan senjata dibentang AS
Cadangan gencatan senjata kekal tiga fasa yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden secara jelas memperlihatkan pendirian berat sebelah Washington dalam menyelesaikan genosid yang berlaku di Gaza dan Rafah.
Feri tenggelam di Afghanistan, 20 orang terkorban
Sekurang-kurangnya 20 orang dikhuatiri terbunuh akibat bot tenggelam semasa menyeberangi sungai di daerah Mohmand Dara.
Thailand tawar kemasukan 60 hari tanpa visa
Thailand telah mengumumkan langkah baharu untuk memudahkan sektor pelancongan, membolehkan pelancong Malaysia masuk tanpa visa atau mendapatkan visa semasa ketibaan, dengan tempoh penginapan sehingga 60 hari.
Jurucakap kerajaan Thailand Chai Wacharonke menyatakan bahawa Kabinet telah meluluskan beberapa langkah kemudahan visa untuk meningkatkan sektor pelancongan.
Jurucakap kerajaan Thailand Chai Wacharonke menyatakan bahawa Kabinet telah meluluskan beberapa langkah kemudahan visa untuk meningkatkan sektor pelancongan.
Pengundian sempena PRU India selesai
Pilihanraya Parlimen India yang mempunyai sebanyak tujuh fasa itu sudah pun memasuki hari terakhir.
Pengundian yang berlangsung selama enam minggu itu akan berakhir di kawasan Perdana Menteri India, Narendra Modi iaitu di kota suci India, Varansi.
Pengundian yang berlangsung selama enam minggu itu akan berakhir di kawasan Perdana Menteri India, Narendra Modi iaitu di kota suci India, Varansi.
Mohamed Khaled kongsi perspektif Malaysia
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan menyampaikan perspektif Malaysia mengenai perkembangan dalam kerjasama keselamatan dua hala dan pelbagai hala di rantau Asia-Pasifik di Dialog Shangri-La ke-21, pada Ahad.
Tumpuan Ahad – 02 Jun 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pekerja jatuh kren ketika pasang solar
Seorang lelaki cedera selepas terjatuh dari kren yang mengalami kerosakan ketika melakukan kerja pemasangan solar di sebuah rumah di Taman Subang Height, pada Selasa.